Zaman pertengahan sehingga zaman moden awal Baton (simbol tentera)

Baton yang dipegang oleh Jean Poton de Xaintrailles (kiri), dilantik Marsyal Perancis pada tahun 1454

Baton telah diberikan kepada para komander kanan di kebanyakan angkatan tentera Eropah semenjak Zaman Pembaharuan, sebagai kebangkitan semula amalan klasik. Mereka biasanya dikurniakan oleh raja, dan ia selalunya dihasilkan dari logam berseni, walaupun potret lebih awal menunjukkan baton kayu yang kosong, lazimnya lebih panjang dan lebih tipis daripada contoh yang kemudian. Ia juga biasanya dibawa oleh golongan raja apabila bergambar dengan pakaian seragam tentera. Raja-raja Perancis, dan Napoleon, melengkapkan Marsyal Perancis dengan baton berhias, lazimnya dibalut baldu biru bertakhta simbol fleurs-de-lys sebelum Revolusi Perancis, kemudian dengan bintang-bintang atau lebah-lebah Napoleon.

Duke Wellington memiliki pelbagai baton, sejak beliau menyandang pangkat field marshal atau setaraf dengannya dalam lapan negara angkatan tentera Eropah, setiap daripadanya menganugerahkan beliau dengan satu baton. Selain dengan baton Inggerisnya beliau juga telah dikurniakan dengan dua baton British.[1] Sembilan daripada baton itu (berserta dengan beberapa tongkat kuasa) telah dipamerkan di kediamannya, Apsley House (baton Rusia telah dicuri pada 9 Disember 1965 dan belum ditemui).[2][3]

Tsar Alexander I (1801–1825) menganugerahkan lima baton, satu kepada Duke Wellington dan empat kepada jeneral Rusia.[4]

Fil marsyal moden selalunya mempunyai baton yang lebih ringkas untuk dibawa pada waktu kerja biasa, dan juga baton istiadat untuk majlis-majlis yang lebih rasmi.